Belanjawan 2026 lebih seimbang, ikut potensi negeri – PM Anwar

MELAKA – Penyediaan Belanjawan Negara 2026 akan diselaraskan mengikut keutamaan ekonomi setiap negeri dan tidak hanya ditentukan pada peringkat kementerian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berjalan lancar tanpa mengabaikan keperluan rakyat, khususnya dalam menangani isu kos sara hidup.

“Setiap negeri mempunyai kekuatan tersendiri. Seperti di Melaka, tumpuan diberikan kepada sektor pelancongan dan pembuatan kerana prestasi negeri ini sangat memberangsangkan,” katanya.

Beliau ketika menghadiri sesi libat urus Belanjawan 2026 bersama pemain industri pelancongan dan pembuatan di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan; serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Aziz.

Anwar menegaskan keresahan rakyat akibat kos sara hidup wajar diberi perhatian, memandangkan wujud jurang yang ketara antara golongan elit dan masyarakat bawahan.

“Pengukuhan ekonomi tidak boleh hanya diukur berdasarkan teori ekonomi tradisional, tetapi perlu dikaitkan dengan keperluan dan kebijaksanaan. Hal ini bagi memastikan masyarakat dapat berkembang dengan cara yang munasabah, ringan dan tidak membebankan rakyat,” jelas beliau.

Sesi libat urus itu disertai kira-kira 150 pemain industri pelancongan dan pembuatan, selain wakil agensi kerajaan negeri serta Persekutuan.

Related Posts

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan