Belanjawan 2026: Insentif gaya hidup lestari dipertingkat, pelepasan cukai diperluas

KERAJAAN terus komited memperkukuh agenda kelestarian alam sekitar dengan memperkenalkan pelbagai insentif dan perluasan pelepasan cukai bagi menggalakkan gaya hidup lestari dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, mencadangkan supaya pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500 diperluas bagi merangkumi pembelian mesin rincih sisa makanan.

Langkah ini bertujuan mendorong penggunaan teknologi mesra alam di peringkat isi rumah sebagai usaha mengurangkan sisa pepejal dan pelepasan karbon ke alam sekitar.

Dalam usaha memperkasakan penggunaan peralatan cekap tenaga, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pemberian rebat kepada pengguna dan peniaga untuk pembelian kelengkapan berkecekapan tinggi.

Langkah ini digariskan bagi menggalakkan penggunaan peralatan yang menjimatkan tenaga serta menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon dalam jangka pandang.

Dalam perkembangan berkaitan tenaga boleh baharu (TBB), kerajaan akan meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga melalui kuota tambahan sebanyak 300 Megawatt di bawah program Feed-In Tariff yang dijangka mula beroperasi seawal tahun 2028.

Di samping itu, inisiatif Solar Accelerated Transition Action Programme (SolarATAP) membolehkan pengguna menjana tenaga solar untuk kegunaan sendiri dan menjual lebihan tenaga kepada syarikat utiliti sebagai offset bil elektrik.

Melalui program ini, pemasangan panel solar oleh pengguna boleh mencapai kapasiti sehingga 500 Megawatt, sekali gus memberi sumbangan bermakna kepada peningkatan penjanaan tenaga boleh baharu di negara ini.

Kerajaan juga merancang melaksanakan cukai karbon mulai tahun hadapan, dengan tumpuan awal kepada sektor besi, keluli dan tenaga.

Bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan, mekanisme cukai karbon ini akan diselaras dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan serta Rangka Undang-undang (RUU) Perubahan Iklim Negara yang sedang dalam proses penggubalan.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik