Semak semula harga siling beras tempatan

PUTRAJAYA – Harga siling beras tempatan perlu disemak semula dengan mengambil kira kos pengeluaran semasa, unjuran kos pada masa hadapan dan pergerakan harga beras putih dunia, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, harga maksimum beras putih tempatan (BPT) ditetapkan pada kadar RM2.60 sekilogram sejak 2008 bagi memastikan rakyat mendapat harga berpatutan susulan peningkatan mendadak harga makanan itu di pasaran global.

Namun, katanya, selepas 16 tahun, harga maksimum beras berkenaan belum lagi disemak walhal harga jualan BPT adalah berkait langsung dengan harga belian padi.

“Sejak 2008, harga lantai belian padi dinaikkan daripada RM750 per tan kepada RM1,200 per tan pada 2014 dan terkini pada kadar RM1,300 setiap tan manakala harga BPT masih kekal tidak berubah,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) di Dewan Rakyat.

Mohamad berkata, KPKM sudah pun menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi meneliti isu-isu berkaitan industri padi dan beras negara termasuk kajian daya saing struktur harga.

Di samping itu, katanya, kementeriannya juga sedang menunggu laporan hasil kajian terhadap industri padi dan beras yang bakal dikemukakan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak lama lagi.

“Dapatan hasil kajian tersebut akan dijadikan rujukan kepada KPKM untuk menambah baik industri padi beras melalui `task force’ yang telah ditubuhkan.

“KPKM ingin memberi komitmen bahawa kebajikan pesawah akan terus diutamakan dan diberikan perhatian yang sewajarnya,” katanya.

Akhir tahun lalu, Pengilang Beras Malaysia memberi jaminan mereka akan meningkatkan harga belian padi kepada RM1,500 per tan sekiranya harga siling BPT dapat dinaikkan kepada RM3.20 sekilogram.

Related Posts

SARA Bujang: Hargai usaha kerajaan jaga kebajikan belia

KANGAR – Golongan muda dan belia di negeri ini menghargai inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM600 setahun yang disifatkan sebagai usaha kerajaan menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SARA Bujang: Talian hayat untuk anak muda

Oleh: Mohammad Fikri, Helda Julie, Hafiq Hassan, Nana Mohamad & Jasmine AE KUCHING – Gelombang kegembiraan kini dirasai oleh golongan bujang di seluruh negara apabila penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA