Belanjawan 2025 bakal tambah peruntukan khas untuk sukan OKU

KUCHING – Peruntukan khusus bagi program sukan orang kelainan upaya (OKU) bakal dicadangkan pada Belanjawan 2025 yang dibentangkan di Parlimen pada Oktober kelak.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, perkara tersebut sudah pun dibincang dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Sebagai perancangan strategik untuk tahun hadapan, saya berjumpa dengan Menteri Kewangan II untuk cadangan Belanjawan 2025, saya cuba minta peruntukan khusus program pembangunan sukan OKU seluruh negeri,” katanya.

Tambahnya lagi, atlet negara di bawah program podium bukan sahaja akan menikmati kenaikan gaji dan dilindungi menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun turut akan diberikan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sepanjang mereka berkhidmat.

“Bagi tujuan perlindungan sosial atlet, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus melihat kepada penambahbaikan melibatkan prospek kerjaya dan pendidikan,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Perasmian Para SUKMA ke-21 Sarawak di Stadium Perpaduan pada Ahad.

Beliau juga yakin dengan kerajaan Madani yang akan sentiasa menjaga kebajikan dan prospek kerjaya atlet.

Sebelum ini, Hannah memaklumkan Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) meluluskan kajian semula skim elaun latihan atlet kebangsaan dengan memberi penekanan kepada kebajikan dan kesejahteraan atlet di bawah program MSN.

Related Posts

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperkukuh usaha meringankan beban rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif Pasar Sejahtera Rakyat Perak (PSRP) dengan peruntukan sebanyak RM3.7 juta bagi tahun 2026. Menteri Besar Perak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

SANDAKAN – Kerajaan negeri akan mengkaji cadangan menghidupkan semula perdagangan tukar barang atau barter trade antara negeri ini dan selatan Filipina.‎‎Ketua Menteri, Hajiji Noor, mengakui pihaknya menerima banyak cadangan mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN