Bekas Speaker DUN Perak meninggal dunia

BEKAS Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia petang semalam.

Perkara itu dikongsi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi kenyataan di laman Facebook malam tadi.

“Menerima khabar duka, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Mat Isa Ismail telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh Allahyarham.

“Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang beramal soleh.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat-saat getir ini,” katanya.

Menerusi laman sosial itu, Saarani berkongsikan gambar beliau menunaikan solat jenazah bersama jemaah dan turut hadir ke pengebumian Allahyarham Mat Isa.

Mat Isa pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak dari 1993 hingga 1995, selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering selama tiga penggal dari 1997 hingga 2008.

Beliau juga adalah Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang bagi penggal 2001/2003 dan dilantik menjadi Speaker DUN Perak selama satu penggal bermula 2004.

Related Posts

Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

MIRI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menumpaskan cubaan sindiket pengedaran dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 4,080 gram yang dianggarkan bernilai RM130,560 dalam dua serbuan berasingan di sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan oleh Universiti Yarmouk, Jordan, semalam. Anugerah disampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

Kastam Sarawak tumpaskan cubaan seludup 4,080 gram Methamphetamine ke Miri

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

Wan Rosdy terima PhD Kehormat Universiti Yarmouk

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

PGA rampas kayu balak nilai RM1.17 juta

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sepanyol, Portugal putus bekalan elektrik beberapa jam

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu