‘Baywatch’ APM: Wira tak didendang

Oleh: ADIB AKMAL

BATU FERRINGHI – Di sebalik pasir putih dan gelombang laut yang menenangkan, terdapat pasukan wira yang sering tidak disedari ramai – ‘Baywatch’ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Di Batu Ferringhi terdapat lima menara tinjauan strategik di Pantai Miami, Pantai Bayu Senja, Pantai Golden Sands, Pantai Kampung Belacan, dan Pantai Pasir Panjang, di mana pasukan ini bertindak sebagai pengawal keselamatan pantai dan penyelamat yang sentiasa berjaga sepanjang hari.

Menurut Leftenan Pertahanan Awam (APM) Lt. PA Mohammad Lili Mat Ibrahim, yang mengetuai unit APM Tanjung Bungah dengan anggota seramai 44 orang, peranan ‘Baywatch’ bukan sekadar memerhati pantai.

Beliau berkata, ia merupakan barisan hadapan dalam pengurusan bencana, bantuan kecemasan, perlindungan awam, dan pendidikan kesedaran keselamatan.

“Dengan waktu bertugas dari 9 pagi hingga 8 malam, setiap menara menempatkan empat anggota yang bersedia menghadapi pelbagai insiden, termasuk kes lemas, terjatuh, dan sengatan obor-obor laut.

“APM mempunyai bidang kuasa rasmi yang telah ditetapkan untuk memastikan keselamatan pantai terkawal tanpa ada sebarang berlaku kemalangan,” tegasnya.

Menurut Lili, negeri Pulau Pinang telah mencatatkan kepelbagaian kes yang tinggi setiap tahun. Pemantauan dan kerjasama efektif dapat meningkatkan keselamatan pengunjung serta kelestarian pantai.

Selain melakukan rondaan dan pantauan, anggota ‘Baywatch’ turut memberi maklumat segera kepada pengunjung jika berlaku kecemasan, serta bertindak pantas untuk menyelamatkan nyawa.

Lili turut menekankan kepentingan kerjasama agensi kerajaan dan masyarakat bagi menjadikan peranan ‘Baywatch’ lebih diketahui dan dihargai.

Meurutnya, menara-menara ini bukan sekadar struktur tinggi di tepi pantai, ia adalah mata awam yang sentiasa mengintai keselamatan setiap pengunjung, memastikan pengalaman di pantai Pulau Pinang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga selamat.

“Dengan sokongan masyarakat, peranan ‘Baywatch’ boleh diangkat lebih terbuka dan dihormati, seterusnya meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan pantai di seluruh negeri,” tambah beliau.

Related Posts

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

MEMBAWA haiwan peliharaan pulang ke kampung kini menjadi pilihan sebahagian pemilik, namun pengalaman tersebut bukan sekadar comel, malah penuh dengan cabaran yang memerlukan persediaan rapi. Seorang penternak kambing, Syafiqah Aliaa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umai warisan Melanau terus jadi buruan, tarikan utama ke Mukah

MUKAH – Makanan tradisi masyarakat Melanau, umai kekal menjadi buruan pengunjung sekali gus mengukuhkan reputasi daerah ini sebagai destinasi pelancongan pilihan, terutamanya menjelang Pesta Kaul Mukah. Terletak di pesisir Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung