Bayar saman guna MyDigital ID, dapat diskaun 50 peratus

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan menerusi tawaran pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50 peratus bermula 31 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.

Tawaran itu hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kerajaan mengambil pendekatan bukan sahaja meraikan pencapaian negara, tetapi juga memberi manfaat terus kepada rakyat.

Menurutnya, tawaran pengurangan saman itu adalah simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

“Ia juga bagi menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas kepada transformasi digital perkhidmatan awam.

“Oleh itu, saya menyeru semua rakyat Malaysia mengambil peluang ini serta bersama-sama menyokong usaha kerajaan ke arah perkhidmatan lebih cekap, telus dan moden.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital negara, di samping memberi penghargaan kepada rakyat dengan peluang menyelesaikan saman trafik secara lebih mudah, cepat dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Saifuddin, MyDigital ID adalah kaedah pengesahan identiti digital yang sah dan dilindungi.

“Selain itu, kaedah ini juga dapat memastikan akses lebih terjamin, sekali gus mengurangkan risiko penipuan identiti serta penyalahgunaan maklumat peribadi rakyat.

“Menerusi pelaksanaan ini, kerajaan melalui KDN dan PDRM menzahirkan komitmen memastikan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan di samping mengangkat agenda digitalisasi negara seiring dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia,” jelasnya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung