Bas Cepat Ekspres, KDEB Waste Management miliki saman tertunggak paling tertinggi – MOT

PUTRAJAYA – Cepat Ekspress Sdn Bhd disenaraikan sebagai syarikat pengusaha bas ekspres yang memiliki saman paling tertinggi dengan gagal mematuhi peraturan, meliputi lima kesalahan utama.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengusaha tersebut merupakan antara 17 syarikat yang telah dikenal pasti oleh JPJ memiliki lebih daripada 200 saman tertunggak.

“Lima kesalahan utama yang dilakukan adalah memandu melebihi had laju, kesalahan teknikal, tiada lesen memandu dan tidak memiliki lesen kenderaan motor (LKM).

“Pada masa sama, bagi kesalahan lalu lintas, antaranya memandu lorong kanan berterusan, memotong barisan serta mengguna telefon bimbit (ketika memandu),” katanya pada sidang media khas di Kementerian Pengangkutan, pada Rabu.

Selain Cepat Ekspress Sdn Bhd disenaraikan memiliki 540 saman, antara yang terlibat adalah New Hoover Express & Travels Sdn Bhd (512), Kuala Lumpur-Alor Star Express Sdn Bhd (477), Express Senibudaya (M) Sdn Bhd (390), Suasana Edaran Sdn Bhd (370), Kurnia Bestari Sdn Bhd (351), Bandar Express Services Sdn Bhd (300) dan Zenwan (M) Sdn Bhd (300).

Pada masa sama, Gunung Raya Ekspres telah tersenarai mempunyai 288 saman, Konsortium Bas Ekspress Semenanjung (M) Sdn Bhd (272), GJG Travel and Tours Sdn Bhd (265), Sri Theven Travel Sdn Bhd (232), Dyana Express Sdn Bhd (230), Goldstar Express (M) Sdn Bhd (218), Plusliner Sdn Bhd (208), Kuala Yakin Sdn Bhd (206) dan Cosmic Angle Travel and Tours Sdn Bhd (203).

Selain itu, Anthony turut mendedahkan sebanyak 11 syarikat pengendali kenderaan berat mencatatkan saman tertinggi dengan kesalahan tiada lesen memandu, melebihi had muatan, tidak memiliki lesen LKM serta memandu melebihi had laju.

Tegasnya, antara kesalahan teknikal yang dilakukan adalah brek dan tayar tidak mengikut spesifikasi di samping mengubah suai kenderaan sehingga melanggar peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Antara syarikat yang telah dikenal pasti adalah KDEB Waste Management Sdn Bhd dengan memiliki 22,017 saman, Mainiza Mantap Sdn Bhd (5,108), Advancecom Machinery Sdn Bhd (3,620), VK Transport Sdn Bhd (3,016) dan Ng Swee Aik Trading Sdn Bhd (2352).

“Pada masa sama, turut tersenarai adalah Boon Chin Transport Sdn Bhd (2,339), Nation Dimensions Sdn Bhd (2,226), Syarikat Ehsan Enterprise Sdn Bhd (2,168), Nek Gurun Logistics Sdn Bhd (1,062), Macro Dimension Concrete Sdn Bhd (1,014) dan SL Transport & Trading Sdn Bhd,” katanya.

Sehubungan itu, Anthony menegaskan,
kesemua syarikat pengendali bas ekspres dan kenderaan barangan terbabit telah diberi tempoh 14 hari bermula Rabu, untuk untuk menyelesaikan semua saman yang tertunggak.

Katanya, kegagalan pihak syarikat berbuat demikian akan disusuli dengan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk kenderaan tersebut disenarai hitam (blacklist) secara serta-merta.

“Kita ingin mengingatkan kepada semua syarikat pengendali kenderaan untuk menyemak dan menyelesaikan saman-saman yang tertunggak.

“Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan keselamatan jalan raya terus dipertingkatkan dan menyeru semua pihak agar memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab,” katanya.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda