Bapa ‘Kapten Keluarga’, elak serah tugas didik anak kepada teknologi – Mustapha

KOTA KINABALU – Golongan bapa diseru agar memainkan peranan lebih aktif dalam mendidik anak-anak dan tidak menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada teknologi.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, bapa sebagai ‘Kapten Keluarga’ bertanggungjawab memastikan kesejahteraan ahli keluarga bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga kesihatan mental dan pembangunan sahsiah anak-anak.

“Saya amat bimbang terhadap trend segelintir ibu bapa yang terlalu bergantung kepada teknologi dalam mendidik anak-anak tanpa menekankan terhadap nilai agama, pendidikan akhlak dan bimbingan formal.

“Kita tidak mahu anak-anak membesar hanya dengan dipengaruhi oleh maklumat-maklumat dari gajet tanpa panduan dan didikan yang seimbang daripada ibu bapa sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kesejahteraan Lelaki, Sempena Sambutan Hari Bapa di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, di sini pada Isnin.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaum lelaki penting menjaga kesihatan serta memainkan peranan sebagai tunjang dalam institusi kekeluargaan.

Tambahnya, peranan ibu dan bapa sangat penting dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah berakhlak mulia dan menjadi pewaris kepada negeri dan negara.

Related Posts

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang

Lumut bakal jadi hab pertahanan maritim, kampus UPNM dirancang