Bapa, anak lelaki dan rakan dituduh rogol anak tiri 12 tahun

KOTA BHARU: Bapa bersama seorang anak lelaki dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol anak tiri berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok, tahun ini.

Ketiga-tiga tertuduh berusia 46 tahun dan 22 tahun yang didakwa secara berasingan itu mengaku tidak bersalah serta memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut dua pertuduhan membabitkan tertuduh pertama berusia 46 tahun, dia didakwa merogol anak tiri berusia 12 tahun tanpa kerelaan mangsa, yang mana hubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan bawah undang-undang, hukum agama dan mempunyai hubungan amanah dengan kanak-kanak itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bachok pada waktu petang awal tahun ini dan antara 18 hingga 22 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792), yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh kedua dan ketiga sama usia 22 tahun pula didakwa merogol mangsa sama tanpa kerelaan kanak-kanak itu yang mana perbuatan berkenaan dilakukan di hadapan orang lain, di lokasi sama pada awal tahun ini.

Kedua-dua tertuduh berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh pertama dan kedua diwakili peguam, Nur Sarah Syamimi Safie. Tertuduh ketiga pula diwakili peguam, Zuhaidie Akmal Hasan Basri.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri memohon supaya ketiga-tiga tertuduh tidak ditawarkan ikat jamin kerana kes terbabit adalah serius dan mangsa baru berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, Nur Sarah Syamimi dan Zuhaidie Akmal memohon supaya ikat jamin ditawarkan memandangkan ia adalah kes jenayah pertama dihadapi anak guam mereka, selain berjanji tidak akan mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudian memutuskan bahawa tertuduh pertama dan kedua yang juga dua beranak tidak ditawarkan ikat jamin, manakala tertuduh ketiga dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes

Related Posts

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan