Bantuan mangsa banjir diumum dalam masa terdekat

PUTRAJAYA – Kerajaan Pulau Pinang akan mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini dalam masa terdekat.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, perkara itu akan diumumkan selepas perbincangan dilakukan bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya telah menggerakkan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP) untuk melihat keperluan mangsa banjir terutama mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Kita akan adakan perbincangan untuk lihat apakah keperluan mereka (mangsa banjir).

“Agensi kerajaan seperti JKM dan ZPP juga telah dibawa bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana ini,” katanya selepas melawat PPS Lahar Yooi dekat Tasek Gelugor, petang tadi.

Siew Khim berkata, JKM juga menyediakan kaunselor di setiap PPS untuk membantu mangsa banjir dengan fokus kepada kanak-kanak dan warga emas melalui aktiviti kaunseling dan pendidikan.

Jelasnya, setakat jam 4 petang tadi, seramai 590 mangsa daripada 161 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS di Pulau Pinang.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan