Bantuan banjir perlu menerusi JPBNS – Nancy Shukri

KUCHING – Pihak badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang berhasrat mahu memberi sumbangan perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu sangat penting dalam memastikan kelancaran pihak JPBNS dalam menguruskan bantuan lebih-lebih lagi kawasan yang terjejas.

“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sukar untuk menghantar bantuan ke khemah di kawasan seperti Bekenu dan Sibuti di Miri kerana paras air semakin meningkat,” ujar beliau.

Selain itu, jelas beliau, semua sumbangan dan bantuan oleh pihak NGO atau individu dapat dipantau agar sesuai dengan keperluan dan kehendak mangsa.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Haji Kamaruddin Kampung Segedup pada Khamis.

Sementara itu, Nancy berkata, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memastikan setiap keluarga yang terjejas akibat banjir didaftarkan.

“Setiap keluarga yang terjejas akibat banjir akan menerima bantuan RM1,000 dan perkara ini perlu dimaklumkan kepada mereka,” ujar beliau.

Tambah beliau, JKM juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan PPS dalam keadaan baik dan selesa. 

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi