Banjir Tawau: Laluan Batu 9 Tawau-Sandakan tidak boleh dilalui

TAWAU – Laluan utama di Jalan Tawau-Sandakan berhampiran Batu 9 Jalan Apas tidak boleh dilalui susulan kejadian banjir kilat akibat hujan lebat berterusan, pada Sabtu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan, tindakan awal telah dilaksanakan menerusi pemasangan TMP bagi tujuan keselamatan dan kawalan di kawasan terjejas.

Setakat ini, tiada jalan alternatif disediakan untuk pengguna jalan raya.

Sementara itu, tinjauan menerusi media sosial mendapati, kejadian banjir kilat menjejaskan sepenuhnya pergerakan kenderaan di laluan berkenaan.

Hujan lebat berterusan sejak pukul 7 malam mengakibatkan beberapa Jalan utama, Taman perumahan dan perkampungan dinaiki air.

Antara yang terjejas termasuklah Jalan Ranggu, Simpang 5 Jalan Sin On, Jalan Takada, Kampung Saddani Batu 2, Taman Emas, Taman Pr1ma Ranggu, Taman Kinabutan Ria dan Kampung Tanjung Batu Keramat.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM