LAHAD DATU – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan dan Dewan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) kini diaktifkan bagi menempatkan mangsa banjir sekitar Lahad Datu.
Pegawai Daerah Lahad Datu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul berkata, PPS ini dibuka pukul 3.30 petang tadi.
“Kita sekarang sedang melakukan proses pemindahan, bagaimanapun setakat ini bilangan keseluruhan mangsa kita belum kenalpasti memandangkan masih dalam proses pendataan.
“Terdapat beberapa mangsa dari Kampung Manau Jalan Silam, kita juga kenalpasti dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama iaitu Kampung Lituk Pulau dan beberapa Kampung lain yang masih dalam proses pendataan,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press, pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid dalam kenyataan berkata, seramai 22 mangsa yang terjejas banjir dari Kampung Manau dipindah ke rumah keluarga masing-masing, kira-kira pukul 8.43 pagi.
Katanya, mangsa yang dipindahkan membabitkan empat lelaki dewasa, tujuh wanita, seorang warga emas, dan masing-masing lima kanak-kanak lelaki serta kanak-kanak perempuan.
PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik
BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…
Lebih lanjut


