Banjir Bagan Serai: Air sungai melimpah, 5 keluarga dipindahkan

BAGAN SERAI – Akibat limpahan air Sungai Kerian, seramai 27 orang daripada lima buah keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak pada petang Jumaat.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, banjir tersebut dipercayai berpunca daripada limpahan air sungai susulan banjir yang berlaku di kampung tersebut sehingga menjejaskan kawasan sekitar.

Katanya, kesemua mangsa di tempatkan di PPS SK Changkat Lada yang dibuka pada jam 6 petang semalam.

“Jumlah itu sedikit meningkat berbanding 16 orang daripada tiga keluarga sebelum ini,” ujar sumber tersebut.

Jabatan Meteorologi Malaysia pada Sabtu turut mengeluarkan kenyataan tiada amaran ribut petir dan hujan berterusan berlaku.

Ekoran itu, orang ramai meluahkan kegusaran kerana mulai esok (Ahad) sesi persekolahan akan beroperasi.

“Ibu bapa mulai menghantar anak-anak pulang ke asrama setelah cuti seminggu.

“Jika air masih tidak surut dikhuatiri sedikit sebanyak menyukarkan untuk kami menghantar anak sebab penutupan jalan,” kata seorang ibu, Roslinda Yang.

Dalam pada itu, ramalan cuaca negeri Perak pula memaklumkan hampir semua daerah di negeri ini dijangka hujan pada sebelah petang.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan