Azmawi ikrar jalankan tanggungjawab tanpa mengira warna parti

GUA MUSANG – Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berikrar akan menggalas dan menjalankan tanggungjawab tanpa mengira warna parti terutama buat rakyat di Nenggiri.

Azmawi yang menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berkata, beliau tidak menjangka beroleh kemenangan pada pilihan raya hari ini.

“Semestinya saya akan mewakili seluruh rakyat Nenggiri dan berikrar akan mengalas tanggungjawab dan amanah tanpa mengira sesiapa pun.

“Esok saya akan mula turun melawat penduduk di DUN ini bermula dari Sungai Asap seterusnya ke kampung-kampung lain,” katanya dalam sidang media yang diadakan selepas pengisytiharan keputusan kemenangan PRK DUN Nenggiri, di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Azmawi turut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat di DUM Nenggiri di atas kemenangan tersebut.

Terdahulu, Azmawi, 38, menewaskan calon Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi DUN Nenggiri pada PRK hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud mengumumkan kemenangan Azmawi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, jam 9.30 malam ini.

Azmawi menang selepas memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya, Mohd Rizwadi, yang meraih 5,739 undi.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Slogan ‘UMDAP’ taktik pembangkang untuk kelirukan pengundi – Ahmad Maslan

ALOR SETAR – Dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan hanya dipimpin oleh UMNO dan DAP disifatkan sebagai tidak berasas, malah merupakan satu lagi taktik pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif