Azam Baki mulakan tindakan undang-undang terhadap Bloomberg

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki memulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg yang mendakwa beliau memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Menerusi kenyataan menerusi peguamnya, Tetuan Zain Megat & Murad, firma itu memaklumkan cadangan dan sindiran yang terkandung dalam penerbitan tersebut adalah mengelirukan, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi beliau serta integriti suruhanjaya berkenaan.

Firma guaman itu memaklumkan, pihaknya diarahkan untuk memulakan tindakan berkenaan dan mendapatkan segala tindakan yang berkaitan dengan penerbitan itu termasuk tuntutan ganti rugi dan relief lain yang bersesuaian.

“Laporan, cadangan dan sindiran yang terkandung dalam penerbitan itu berunsur fitnah, tidak bertanggungjawab dan amat mengelirukan, serta menyebabkan kemudaratan bukan sahaja terhadap anak guam kami secara peribadi, tetapi juga terhadap maruah, kredibiliti dan integriti institusi SPRM.

“Azam tidak melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau keperluan perkhidmatan awam berhubung perkara yang dilaporkan. Pada setiap masa yang berkaitan, beliau telah mematuhi sepenuhnya semua kewajipan pengisytiharan aset yang dikenakan terhadap pegawai awam.

“Sebarang pemerolehan dan pelupusan saham kemudiannya telah diisytiharkan dengan sewajarnya melalui saluran rasmi yang ditetapkan, termasuk Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS), selaras dengan keperluan Jabatan Perkhidmatan Awam,” kata firma itu.

Mengulas lanjut, firma itu memaklumkan,
saham yang dirujuk dalam laporan itu telah dilupuskan sebelum penerbitan dibuat selain pngisytiharan dan dokumen rekod berkaitan wujud serta boleh disahkan.

“Anak guam kami kekal teguh dalam komitmennya terhadap integriti, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang dalam pelaksanaan tugas awamnya,” menurut kenyataan terbabit.

Difahamkan, firma itu telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada pejabat Bloomberg di Amerika Syarikat dan juga di Malaysia.

Pada Khamis, Azam menjelaskan bahawa beliau tidak lagi memiliki sebarang saham di mana-mana syarikat dan semua urus niaga saham sebelum ini dijalankan dengan telus dan mematuhi sepenuhnya peraturan kerajaan, sambil menambah bahawa akaun dagangannya kini kosong dan boleh disahkan dengan Bursa Malaysia.

Sehubungan itu, Azam mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada Bloomberg susulan laporan yang disifatkannya ‘mengelirukan’ dan ‘berunsur fitnah’ berhubung urus niaga saham lamanya dalam Velocity Capital Bhd.

Memaklumkan notis undang-undang itu akan dihantar sama ada ke pejabat Bloomberg di Malaysia atau ibu pejabatnya di Amerika Syarikat, Azam menegaskan beliau bersedia membawa perkara itu ke mahkamah.

Related Posts

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

KOTA KINABALU – Pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Jun ini bagi memastikan transaksi sewa beli di negara ini lebih telus dan adil kepada pengguna,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

KETIKA ekonomi dunia bergelut dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan inflasi global, Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda pemulihan yang semakin kukuh. Data terkini menunjukkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat