ATB 2 berjaya gagalkan cubaan seludup petrol lebih RM79,000

SEMPORNA – Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol bernilai lebih RM79,000 menggunakan bot jongkong di perairan Pulau Bum Bum, Semporna, Sabtu lepas.

Panglima ATB 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin berkata, dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, enam awak-awak warganegara Filipina tanpa sebarang dokumen pengenalan diri turut ditahan.

“Pasukan Quick Reaction Force (QRF) dari 11 Rejimen Gerak Khas sebelum itu mengesan dua bot jongkong yang mencurigakan kerana tidak menggunakan lampu ketika berada di perairan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemui 415 tong minyak berisi petrol dengan keseluruhan sebanyak 10,375 liter, empat tong kosong dan satu tong gas,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Wan Edenin berkata, turut dirampas dua buah bot jongkong serta empat unit enjin sangkut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM79,268.75.

“Awak-awak bersama bot dan barangan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau turut menzahirkan tahniah kepada anggota Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan Tim QRF atas kejayaan ini dan mengingatkan warga ATB 2 terus mengekalkan kesiapsiagaan operasi pada tahap tertinggi bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terjaga.

Related Posts

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. Menurut MCMC, pihak berkuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah