Aspek tadbir urus dalam persatuan perlu dipelihara

KUANTAN – Fungsi persatuan komuniti seperti badan khairat kematian boleh merapatkan lagi hubungan antara masyarakat setempat.

Perkara itu antara yang diberi perhatian dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Khairat Kematian Kampung Jaya Gading, dekat sini, yang berlangsung hari ini.

Mesyuarat dirasmikan Pembantu Penyelaras DUN Pulau Manis, Dr Boi Saidi Abd Razak sebagai wakil rasmi Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

“Saya dimaklumkan persatuan ini mempunyai 561 ahli berdaftar dan ia secara tidak langsung mencerminkan komitmen tinggi komuniti terhadap aspek kebajikan dan kebersamaan dalam kalangan penduduk,” kata Dr Boi Saidi.

Mesyuarat itu diadakan di Dewan Utama Sekolah Agama Rakyat Jaya Gading.

Hadir dalam mesyuarat itu adalah Pengerusi persatuan, Wan Ali Wan Semok dan pimpinan Kampung Jaya Gading.

Wan Ali memaklumkan persatuan berkenaan akan mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu tahun ini.

“Kita ingin memantapkan lagi tadbir urus persatuan, selain memperbanyakkan aktiviti yang boleh membabitkan masyarakat,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Boi Saidi meminta barisan AJK baharu dan lama dapat terus menjalinkan kerjasama rapat demi manfaat penduduk kampung itu.

“Saya lihat bahawa persatuan seperti ini bukan hanya memainkan peranan mereka ketika berlaku kematian dalam kalangan ahli kariah semata-mata.

“Adalah menjadi keutamaan dalam berpersatuan adalah untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah dalam memastikan aspek tadbir urus dilaksanakan dengan baik,” jelasnya.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen