Asnaf dan peserta tadarus terima sumbangan Ramadan

KABONG – Seramai 12 asnaf dan 26 peserta tadarus al-Quran ceria menerima sumbangan pada majlis ilmu di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, majlis berkenaan merupakan usaha berterusan beliau untuk memastikan kebajikan rakyat di kawasannya sentiasa terpelihara.

Terdahulu, beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin turut meluangkan masa menunaikan solat Isyak dan sunat tarawih secara berjemaah bersama penduduk kampung.

Pemberian sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan atas komitmen para jemaah dalam menghidupkan dan mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadan.

“Program seperti ini amat bermakna kerana ia memberi peluang kepada kita untuk bersama-sama mengimarahkan masjid serta menyantuni masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan bantuan,” katanya.

Tambah beliau, program seumpama itu bukan sahaja dapat membantu golongan sasar, malah menjadi medium terbaik untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Dalam perkembangan sama, Mohd Chee turut membawa khabar gembira mengenai perancangan untuk meningkatkan prasarana keselamatan di kampung berkenaan pada masa akan datang.

“Sekiranya terdapat peruntukan yang bersesuaian, saya bercadang menyediakan lampu solar di sepanjang jalan utama menuju ke Kampung Emplam.

“Ia penting bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penduduk setempat, khususnya pada waktu malam,” jelasnya.

Sementara itu, solat sunat tarawih pada malam tersebut telah diimamkan oleh Muhammad Ilyas Yusnizam Al-Hafiz, yang dijemput khas dari Selangor untuk memimpin solat sepanjang program berlangsung.

Foto: Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid