AS pulangkan dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo Bay insiden bom Bali

KUALA LUMPUR – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memulangkan dua warganegara Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba sejak 2006.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan Kerajaan Perpaduan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajkan dan saringan kesihatan.

Dua individu tersebut iaitu Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep ditahan kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat telah menerima dua orang warganegara Malaysia, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, yang diserah oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS) selepas ditahan sejak tahun 2006 di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Cuba.

“Kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajkan dan saringan kesihatan.

“Kementerian Dalam Negeri merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi Kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” kata Saifuddin dalam kenyataan media pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep boleh dibebaskan menjelang 2029.

Kedua-duanya telah ditahan di AS sejak musim panas 2003.

Kedua-dua lelaki yang kini ditahan di Guantanamo, telah mengaku bersalah bersubahat dalam dua pengeboman di pulau peranginan Bali dalam langkah tawar-menawar rayuan itu.

Sebelum ini mahkamah memutuskan apabila balik ke Malaysia, mereka akan menjalani program deradikalisasi yang dikendalikan kerajaan Malaysia dan pemantauan seumur hidup oleh pihak berkuasa keselamatan negara.

Mereka didakwa bersama Encep Nurjaman warga Indonesia, juga dikenali sebagai Hambali.

Pada Oktober lepas, The New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir telah mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan bersubahat dalam serangan pengganas di Bali, dan dengan itu memisahkan mereka daripada kes Hambali.

Dalam pengakuan bersalah, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah dan merupakan dalang di sebalik pengeboman maut Bali.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang