Arab Saudi perketat syarat visa haji musim depan

PUTRAJAYA – Kerajaan Arab Saudi menetapkan beberapa syarat kesihatan baharu bagi musim Haji 1447H/2026M, termasuk larangan kepada individu yang menghidap penyakit kronik tidak terkawal dan penyakit berjangkit daripada menunaikan ibadah haji tahun hadapan.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, syarat itu perlu dipatuhi semua bakal haji sebelum layak memperoleh visa haji daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Antara syarat utama ditetapkan ialah jemaah mesti bebas daripada penyakit berjangkit atau penyakit kronik yang tidak terkawal serta berupaya melaksanakan ibadah haji secara kendiri tanpa bergantung kepada orang lain,” kata kenyataan itu.

Bakal jemaah tidak layak menunaikan haji sekiranya disahkan menghidap penyakit atau keadaan kesihatan seperti kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung atau penyakit jantung serius dan penyakit paru-paru kronik.

Selain itu, jemaah yang menghidap penyakit hati kronik, masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif dan motor, warga emas dengan dementia atau fizikal terlalu lemah dan kehamilan berisiko tinggi juga tidak diberikan visa haji.

“Bakal jemaah yang mempunyai penyakit berjangkit aktif dan mereka menghidap penyakit kanser yang sedang dalam rawatan juga tidak akan menerima visa haji daripada Arab Saudi,” kata kenyataan itu lagi.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad menegaskan, keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah Malaysia sentiasa menjadi keutamaan utama TH dalam setiap operasi haji.

“TH sentiasa memandang serius aspek kesihatan jemaah, terutama ketika berada di Tanah Suci.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebahagian besar tenaga petugas akan terdiri daripada pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16