APM Melaka selamatkan warga emas terperangkap 4 hari

ALOR GAJAH – Seorang wanita berusia 83 tahun yang terperangkap dalam rumahnya selama empat hari akibat jalan utama dan jambatan runtuh dilanda banjir Ahad lalu, akhirnya dipindahkan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), pagi semalam.

Mangsa, Soyang Osman, yang tinggal bersama anak lelakinya, Rasol Hapiyah, 48, di rumah pusaka terbabit, terperangkap di rumahnya di Baru 22 Air Punggai, Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, di sini.

Difahamkan, jalan tar dan jambatan berkenaan runtuh sekitar jam 12 tengah hari, Ahad lalu, apabila tebing sungai runtuh dilanda arus deras susulan hujan lebat sejak jam 8 pagi.

Cucunya, Nurliana Suparman, 42, berkata, penduduk ada membuat titi sementara menggunakan dua batang kayu untuk menyeberang sungai berkenaan.

“Kami sekeluarga bimbang untuk meninggalkan nenek dengan keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

“Disebabkan nenek tidak boleh berjalan dan titi kayu itu pula sempit, kami minta bantuan APM untuk memindahkan nenek. Alhamdulillah, semuanya selamat,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sejak semalam, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) giat membina titi sementara di sungai itu untuk kemudahan enam keluarga yang terputus hubungan.

“Terima kasih semua pihak yang prihatin membantu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, lima anggota Pejabat Daerah Pertahanan Awam Alor Gajah melaksanakan operasi bantuan khas khidmat kemanusiaan itu yang mengambil masa kira-kira 30 minit bermula jam 10.30 pagi semalam.

Katanya, anggota APM turut dibantu penduduk dalam mengangkat mangsa menggunakan kerusi tangga kecemasan mudah alih untuk menyeberang sungai.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan