APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

LIMBANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang mengambil inisiatif memperkasa tahap kesiapsiagaan warga sekolah berasrama menerusi penganjuran Program Pendidikan dan Latihan Kesiapsiagaan Bencana, pada Selasa lalu.

Program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang itu disertai seramai 350 pelajar dan empat guru pengiring.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, program bertemakan ‘Kesedaran Keselamatan, Pengurusan Bencana dan Hidupan Liar di Asrama’ itu bertujuan membentuk pelajar yang peka dan mampu bertindak pantas dalam situasi cemas.

“Pendedahan awal sebegini amat kritikal memandangkan pelajar asrama tergolong dalam kumpulan berisiko.

“Mereka perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan mengenai langkah keselamatan yang betul, terutamanya apabila berdepan ancaman bencana atau pencerobohan hidupan liar di kawasan asrama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jumaat, selain aspek teknikal pengurusan bencana, program itu juga bermatlamat memupuk budaya keselamatan dan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Jelasnya, usaha itu selaras dengan visi APM untuk mewujudkan masyarakat yang sihat, selamat dan berdaya tahan, di samping menyokong aspirasi kerajaan MADANI.

“Melihat kepada sambutan menggalakkan dan komitmen tinggi para peserta, APM Limbang berharap program ini dapat diperluaskan ke sekolah lain di daerah ini pada masa hadapan,” ujarnya.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan