Anyi seru komuniti kerjasama bangunkan DUN Ngemah

KANOWIT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana terus menunjukkan komitmen terhadap kesejahteraan masyarakat di kawasan DUN beliau.

Sempena lawatan ke Rh Lily Abas di Bawan Kanowit, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada komuniti rumah Lily sebagai satu inisiatif meringankan beban dan menyokong keperluan pembangunan komuniti setempat.

Anyi turut menyentuh isu bekalan air yang masih membelenggu sebahagian kawasan di DUN Ngemah.

Sebanyak 60 buah rumah panjang masih menghadapi masalah air dan beliau berharap jumlah tersebut dapat dikurangkan menerusi pelbagai inisiatif dan usaha yang sedang dirancang serta dilaksanakan.

Menyedari cabaran dalam memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat, Anyi secara terbuka mengakui masih terdapat kekurangan sepanjang lebih tiga tahun beliau berkhidmat.

Justeru, beliau mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan daripada masyarakat agar pembangunan di Ngemah dapat digerakkan secara bersama, selaras dengan semangat “Segulai Sejalai” yang ditekankan dalam menjalin hubungan erat antara pemimpin dan rakyat.

Majlis tersebut turut menyaksikan perasmian Biro Wanita Rh Lily Abas yang diharap mampu memperkasa peranan wanita dalam komuniti serta memperkukuhkan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat setempat.

Related Posts

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas