Anwar seru henti keluar kenyataan isu Petronas-PETROS

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) atas dasar kepentingan bersama.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan urusan Petronas-PETROS sekembalinya Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom.

“Saya telah berkesempatan bercakap dengan Premier Sarawak, Abang Johari Openg semalam mengenai urusan Petronas-PETROS berdasarkan prinsip yang telah disepakati sebelum ini.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman sosial media beliau.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia