Anwar sertai 3,000 jemaah solat jenazah ghaib

KIRA-KIRA 3,000 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Masjid Negara.

Solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Turut serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Terdahulu, Ehsan menyampaikan Khutbah Khas Jumaat bertajuk Perjuangan Demi Nusa Tercinta bersempena sambutan Hari Pahlawan 2024.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Na’im pada Rabu meminta semua masjid di bawah seliaan Jakim dan JAWI mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh.

Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Palestin itu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran.

Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan