Anwar sahkan terima nota bantahan UMNO kemasukan Tengku Zafrul dalam PKR

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengesahkan telah menerima nota bantahan daripada UMNO berhubung kemasukan bekas ahli parti itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ke dalam PKR.

Menurut beliau, perkara tersebut akan diteliti bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Surat (nota bantahan) itu sudah lama diterima. Saya kena semak dengan Setiausaha Agung,” katanya secara ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Terdahulu, pada 17 Ogos, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan penerimaan surat bantahan tersebut dan memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR dijangka akan membincangkan isu berkenaan menjelang akhir bulan ini.

Nota bantahan tersebut dikemukakan susulan pengesahan oleh Tengku Zafrul bahawa beliau telah menyertai PKR minggu lalu selepas meninggalkan UMNO.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan bahawa parti itu akan mengemukakan nota bantahan kepada semua parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang telah menerima atau bercadang untuk menerima bekas ahli UMNO sebagai ahli.

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan sedemikian boleh menjejaskan hubungan antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Untuk rekod, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli UMNO pada 30 Mei lalu, dan pada 8 Ogos, beliau mengesahkan bahawa permohonannya untuk menyertai PKR telah diterima.
Kini beliau merupakan ahli PKR Cabang Ampang.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM