Anwar, PM Ethiopia bincang pengukuhan hubungan ekonomi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali telah membincangkan memperkukuh hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

Anwar berkata, ini melibatkan beberapa sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, perlombongan, pembuatan automotif, pelancongan, penerbangan dan pertanian.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dr. Abiy atas sokongan Ethiopia terhadap Malaysia dalam BRICS dan kerana menjemput saya ke Ethiopia,” katanya.

Awal minggu ini, Malaysia telah diterima sebagai negara rakan kongsi BRICS. Blok itu secara kolektif menyumbang satu perlima daripada perdagangan global.

Anwar berkata dalam sidang akhbar bersama mereka, beliau merenung sejarah Ethiopia, yang pernah dikenali sebagai Abyssinia.

Anwar berkata, Abyssinia menyaksikan penghijrahan pertama umat Islam dari Makkah, yang mendapat perlindungan daripada pemerintah Kristiannya, Raja Najashi.

“Dalam usaha kami untuk membina dan memperkukuh tamadun bermaruah, secebis sejarah itu boleh menjadi panduan kepada Malaysia dalam memastikan kesaksamaan, kepimpinan yang adil dan kemakmuran untuk semua,” katanya.

Anwar juga berkata, pertemuannya dengan Dr Abiy bukanlah satu pertemuan biasa.

“Ia adalah pertemuan yang diadakan dalam semangat persaudaraan dan persahabatan yang erat, dan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk mencari peluang yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Ethiopia,” jelas beliau.

Dr. Abiy sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, lawatan pertamanya ke sini sejak pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada April 2018.

Pada 2023, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia berjumlah RM446.8 juta.

Eksport Malaysia ke Ethiopia termasuk produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, kimia dan produk berasaskan kimia, tekstil, pakaian dan kasut.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar