Anwar pelawa Jiangsu Longda melabur di Malaysia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Jiangsu Longda Superalloy Co Ltd mengembangkan perniagaannya di Malaysia.

Berpangkalan di Wilayah Wuxi Jiangsu, China, Jiangsu Longda adalah pengeluar utama yang memiliki kepakaran menghasilkan logam super aloi yang mendapat permintaan tinggi, khususnya untuk digunakan dalam industri aeroangkasa, turbin gas dan industri petrokimia.

Anwar telah memanjangkan pelawaan itu selepas pertemuannya dengan pengasas syarikat tersebut, Pu Yi Long, untuk membincangkan peluang pelaburan yang berpotensi.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Saya kagum dengan hasil kerja syarikat dalam menghasilkan aloi suhu tinggi untuk pemain aeroangkasa utama,” kata Anwar selepas pertemuan selama 30 minit itu.

Perdana Menteri berkata, kehadiran Jiangsu Longda di Malaysia berpotensi memperkukuh kedudukan negara sebagai antara pemain utama dalam industri aeroangkasa global, di samping melonjakkan rantaian bekalan tempatan dan mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Anwar kini dalam rangka lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November atas jemputan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 (CIIE ke-7).

Selain Tengku Zafrul, anggota delegasi lain yang mengiringi Perdana Menteri termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Related Posts

UEC bukan kurikulum kebangsaan, tiada keperluan diiktiraf

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan langkah itu tidak selari dengan objektif dalam memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam