Anwar merentasi zaman demi Malaysia

Bahagian Satu

PROSES pembinaan karakter dan seterusnya mengukuhkan kepercayaan terhadap sesuatu ‘tanda nama’ itu memerlukan masa yang panjang.

Ada ketikanya, ia menjadi satu perjalanan yang memeritkan dan menguji tahap kesediaan mental.

Semuanya sudah dilalui Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang kuat di peringkat dalaman serta dihormati pada tahap global.

Nilai penghormatan dan keteguhan jenama ‘Anwar Ibrahim’ itu bukanlah semudahnya diperoleh.

Bahkan, Anwar memulakan segala gerak langkah sejak awal lagi, semenjak di peringkat universiti.

Beliau membuka laluan dengan membina hubungan luar ketika berada di tahun pertama pengajian di Universiti Malaya (UM).

Anwar menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan seterusnya Majlis Belia Malaysia (MBM).

Ketokohannya mula terserlah ketika aktif dalam kedua persatuan itu.

Anwar menjadi Presiden PKPIM dan Setiausaha Agung MBM semasa masih di UM, sebelum menjadi Presiden MBM terkemudian selepas itu.

Maka, beliau buat pertama kali meneroka langkah awal ke luar negara bagi mengikuti satu program di Indonesia.

Tawaran berkenaan diberikan oleh Tun Musa Hitam.

Musa Hitam dan Anwar Ibrahim

Berdasarkan rujukan penulisan awal berkaitan hubungan antara Anwar dan Musa, mereka bertemu buat kali pertama sekitar tahun 1966 atau 1967 ketika Musa hadir ke Cheruk To’ Kun.

Ketika itu Anwar sedang menunggu keputusan permohonan untuk memasuki universiti.

Program di Indonesia itu juga memberi kelebihan kepada Anwar apabila mendapat pendedahan berkaitan pergerakan Islam serantau dan antarabangsa.

Susulan program itu kemudiannya membawa kepada penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEMIAT) dan Persekutuan Pertubuhan Pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO).

Turut diwujudkan selepas itu adalah Himpunan Belia Sedunia (WAY) yang menjadi platform kepada Anwar memperkukuhkan namanya di persada global.

Anwar sempat memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa WAY dan menjadi peserta semasa Himpunan Belia Sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) adalah antara badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan pada Ogos 1971 oleh Anwar bersama beberapa lagi tokoh yang lain.

Antara tokoh itu adalah Abdul Wahab Sulaiman, Fauzi Abd Rahman, Razali Nawawi dan Siddiq Fadzil.

Related Posts

Kad agama, bangsa tak laku dalam politik semasa

PERGESERAN pendapat dalam isu kuil ‘haram’ di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, yang perlu dipindahkan selesai dengan penuh harmoni. Tidak ada ketegangan berlaku dalam proses rundingan itu, cuma yang tercetus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal urus KFA, Sanusi perlu letak jawatan sebelum bertambah parah

KELMARIN tercatat sekali lagi sejarah bola sepak Kedah apabila tiga badan bukan kerajaan (NGO) tampil bagi membantu pemain dan jurulatih bola sepak negeri The Greatest itu kerana kegagalan KDA FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM