Anwar hulur sumbangan untuk Sathiya

PELAWAK veteran tersohor, Sathiya Periasamy atau lebih dikenali dengan panggilan Sathiya, menerima kunjungan wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya baru-baru ini.

Kunjungan itu diketuai Setiausaha Politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi.

“Saudara Farhan Fauzi menziarahi Sathiya di kediamannya selepas dimaklumkan beliau diserang angin ahmar.

“Alhamdulillah… saya dimaklumkan saudara Sathiya masih mampu tersenyum dan pelakon sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ ini sempat berbicara terkait perjalanan seninya.

“Namun beliau masih memerlukan rawatan berkala dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dipantau,” kongsi Anwar melalui satu hantaran di Facebook.

Anwar memaklumkan, Ahmad Farhan telah menghulurkan sumbangan bagi pihaknya kepada Sathiya untuk mengurangkan beban kos perubatan yang perlu ditanggung.

“Semoga saudara Sathiya kembali pulih secepat mungkin dan dipermudahkan urusan, sekali gus dapat terus berkarya serta berbakti kepada dunia seni tanah air,” katanya.

Related Posts

RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Sebarkan Salam perlu disahut setiap agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Kesemua 141 buah agensi kerajaan diseru mengambil perhatian serius terhadap kempen Sebarkan Salam seperti yang diunjurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Mufti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan