Anwar hormati keputusan Mahkamah Tinggi, tegas komited kepada keluhuran undang-undang

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Anwar, perkara tersebut bukanlah berkaitan usaha untuk mendapatkan kekebalan peribadi atau mengelak daripada proses perundangan, sebaliknya melibatkan prinsip asas dalam memastikan integriti sistem perlembagaan negara terus terpelihara.

“Ini berkait rapat dengan keperluan melindungi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam daripada litigasi yang mungkin diatur secara bermotif politik, disengajakan pada masa tertentu, atau berpotensi mengganggu kelangsungan institusi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anwar turut menegaskan komitmennya terhadap keluhuran undang-undang, kebebasan badan kehakiman serta martabat pemerintahan demokrasi negara.

“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya tanpa gangguan atau sebarang kompromi, selaras dengan semangat Perlembagaan dan amanah rakyat,” jelas beliau.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Perdana Menteri untuk merujuk lapan persoalan undang-undang yang timbul daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther kepada Mahkamah Persekutuan.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa