Anwar harap mesyuarat di Riyadh capai kata sepakat isu Palestin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Sidang Kemuncak Arab-Islam yang dijadual berlangsung esok di Riyadh, Arab Saudi akan dapat mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan konflik di Gaza, Palestin.

Anwar dalam syarahan umum di Universiti Al-Azhar di Kaherah, malam tadi juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Mesir yang memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Esok kita adakan mesyuarat tergempar negara Islam dan Arab di Riyadh. Jadi saya dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi akan ke Riyadh (untuk hadir bagi) bincang perkembangan terakhir Gaza dan Palestin.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden dan kerajaan Mesir kerana bantuan mereka yang luar biasa untuk memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat yang tertindas dan dizalimi di Gaza.

“Dan (terima kasih) juga (kerana) mengirim dua pesawat tentera ke Rafah untuk mengambil pesakit Palestin (untuk) diletakkan di hospital tentera di Malaysia,” katanya yang berada di Mesir untuk lawatan rasmi empat hari.

Sementara itu, Anwar berkata Malaysia juga baru-baru ini mengambil langkah menyampaikan pandangan kepada rakan-rakan negara Arab untuk mendesak supaya Israel disingkir daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berikutan kekejaman rejim berkenaan.

Beliau berkata ini kerana pertama kali dalam sejarah moden, kebiadaban kemanusiaan berlaku keterlaluan tanpa kawalan dilakukan oleh rejim Israel.

“Rejim Israel seolah-olah mahu melenyapkan rakyat Palestin dari bumi Gaza dan melakukan apa yang disebut genosid.

“Belum ada dalam sejarah manusia ketika ini, satu negara boleh melanggar semua peraturan dan undang-undang, membunuh anak-anak dan wanita, melakukan kekejaman dengan merampas tanah, menakluki sebagai penjajah.

“Maka sebab itu Malaysia telah cuba menyampaikan pandangan kepada rakan-rakan kita di negara Arab dan Islam, dengan membangun yang disebut sebagai Global South atau Pakatan Negara Selatan untuk mendesak supaya Israel disingkir sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata beliau.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam