Anwar akan jumpa Sheikh Al-Azhar sekali lagi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, ini sebagai ikhtiar untuk membangunkan kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat Islam.

Anwar berkata, rancangan itu dibincangkan pada perjumpaan beliau dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin Muhamed Abdul Salam di Putrajaya, semalam.

“Kami telah berbincang mengenai rancangan pertemuan seterusnya bersama Imam Besar Al-Azhar Fadhilatul Imam Al-Akbar Dr Ahmed Al-Tayyib dalam masa terdekat, dalam mengembangkan lagi perbincangan mengenai tema ucapannya di Kuala Lumpur sebelum ini bertajuk ‘Kesederhanaan Umat Islam, Pengajaran dari Masa Lalu dan Cabaran Masa Hadapan’,” kata Perdana Menteri.

Sebelum ini, Anwar menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar ke Malaysia dari 2 hingga 5 Julai lepas sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati serta dimuliakan oleh dunia Islam.

Related Posts

Transformasi SPRM perlu dilaksana secara berterusan, perangi rasuah secara holistik

AGENDA pembaharuan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimulakan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan bagi memastikan ia kekal relevan serta diyakini rakyat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rasuah akan ditangani secara sistematik, ketirisan skala besar jadi keutamaan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dengan lebih bersifat sistemik, termasuk ketirisan perolehan serta penyalahgunaan kuasa berskala besar. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO