Anak Sarawak termasuk golongan bekerja nikmati pengajian ijazah percuma mulai 2026

KUCHING  Anak Sarawak termasuk golongan pekerja yang belum berpeluang menyambung pengajian, bakal menikmati pendidikan tinggi secara percuma bermula tahun hadapan menerusi inisiatif Kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bermula 2026, semua anak Sarawak layak melanjutkan pengajian ijazah pertama secara sepenuh masa tanpa sebarang bayaran di institusi pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak.

Menurut beliau, sebanyak 64 kursus pengajian akan ditawarkan secara percuma di institusi seperti i-CATS, CENTEXS, dan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak dengan keseluruhan yuran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

“Inisiatif ini bukan hanya untuk lepasan sekolah, tetapi turut membuka peluang kepada mereka yang bekerja dan terpaksa menangguhkan pengajian disebabkan kekangan kewangan atau komitmen keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Sarawak 2025 di Hikmah Exchange Event Centre pada Ahad.

Sementara itu, Abang Johari berkata, program ini adalah sebahagian daripada agenda menaik taraf kemahiran rakyat Sarawak selaras dengan keperluan semasa, khususnya dalam bidang digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Syarat utama kelayakan ialah pemohon mesti mempunyai status ‘K’ sebagai rakyat Sarawak yang sah dan mengikuti pengajian sepenuh masa di kampus fizikal,” jelasnya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis