Anak Rafizi dicucuk jarum suntikan, PM arah siasatan segera

AHLI Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa anaknya diserang dengan dicucuk jarum suntikan pada badanya.

Jelasnya, kejadian berlaku sekitar pukul 1.45 petang ini semasa isteri dan anaknya memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah.

“Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.

“Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya.

“Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Setakat belum ada apa-apa kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Ekonomi itu mengenai perkembangan anak beliau dan insiden tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak polis untuk menyiasat segera insiden yang menimpa anak Rafizi.

“Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan. Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli.

“Saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, saudara Saifuddin Nasution bagi memastikan siasatan telus dan segera.

“Mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat saudara Rafizi serta keluarga,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam ini.

Related Posts

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri tidak menolak kemungkinan melaksanakan pemotongan gaji menteri sekiranya keadaan ekonomi negara bertambah meruncing susulan konflik di Asia Barat. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

KOTA BHARU – Kapal Malaysia menjadi antara yang terawal diberi kebenaran melalui Selat Hormuz apabila kapal tangki minyak mentah Ocean Thunder berjaya tiba dengan selamat di Terminal Pengerang. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi