AMK Sabah sokong Kamil Munim sebagai Ketua AMK Pusat

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Sabah memberikan sokongan penuh kepada Muhammad Kamil Abdul Munim sebagai Ketua AMK Pusat.

Ketua AMK Sabah, Zaidi Jatil, sokongan ini diberikan berdasarkan kredibiliti Kamil sebagai Timbalan Ketua AMK Pusat dan kerjasama padu bersama Ketua AMK Pusat, Adam Adli Abdul Halim dalam meyakinkan anak muda terhadap perjuangan PKR.

“Tambahan pula, dengan peranannya sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan, pengalaman beliau menjadi modal utama untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan cemerlang.

“Walaupun terdapat calon lain dalam pimpinan AMK Pusat, setakat ini saya tidak menemui seseorang yang mampu menyampaikan pandangan dan idea dengan jelas serta mempunyai pengaruh mendalam dalam kalangan anak muda – sama ada dalam parti mahupun di luar.

“Lagipun, ini merupakan penggal terakhir Kamil Munim dalam AMK Pusat, sudah sewajarnya kita memberi peluang kepada beliau untuk menerajui AMK Pusat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kamil dilaporkan berkata sedang mempertimbangkan permintaan akar umbi agar menerajui AMK Pusat pada pemilihan Mei depan.

Ini selepas, Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 11 Februari menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Sementara itu, menurut sumber kemungkinan tidak akan ada pertembungan bagi jawatan Ketua AMK.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata, Kamil merupakan pemimpin muda yang mempunyai ciri-ciri lengkap dalam memperjuangkan agenda reformasi dan mengangkat anak muda di seluruh negara.

“Kepimpinan dan visi beliau diyakini mampu membawa AMK ke tahap yang lebih dinamik serta memastikan perjuangan hak rakyat, terutamanya generasi muda, terus relevan.

“Sebagai Timbalan Ketua AMK Pusat, beliau telah turun ke Sabah tidak kurang daripada lapan kali, membuktikan komitmen dan keprihatinannya terhadap AMK Sabah.

“Minggu lepas, dalam sesi santai bersama saudara Kamil Munim, 19 daripada 25 Ketua AMK Sabah telah menyatakan sokongan padu kepada beliau, manakala selebihnya tidak dapat hadir. Ini menunjukkan bahawa Sabah bersetuju untuk menyokong penuh kepimpinan beliau,” katanya.

Justeru, beliau menyeru akar umbi untuk memberikan sokongan kepada Kamil demi mencapai visi dan misi AMK yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Antara negeri yang telah menyatakan sokongan adalah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

Related Posts

AMANAH Johor bersiap hadapi PRN, setuju tangguh jika perlu

Oleh: Alif Abd Aziz JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun menyambut baik cadangan penangguhan pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadi label orang bebal, namun gagal kemukakan pelan realistik tangani krisis

PUTRAJAYA – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel pimpinan kerajaan bebal dan bangang disifatkan retorik murahan yang langsung tidak membantu rakyat memahami realiti ekonomi semasa. Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China