AMK Padang Besar gesa Kerajaan Negeri, SAP cakna masalah air pelajar IPT

KANGAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Besar menggesa kerajaan negeri dan Syarikat Air Perlis (SAP) segera mengambil tindakan terhadap masalah bekalan air yang menjejaskan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Ketua AMK Padang Besar, Azzin Izzad Bahanudin berkata, insiden gangguan bekalan air di kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah memberi kesan buruk terhadap sesi pembelajaran dan kebajikan pelajar.

“Bekalan air adalah keperluan asas yang perlu diberi perhatian serius oleh pentadbiran negeri, lebih-lebih lagi apabila ia memberi kesan kepada pelajar universiti yang merupakan aset masa depan negara.

“Perhatian itu bukan hanya tertumpu kepada UniMAP, malah kepada semua IPT di Perlis supaya imej sebagai negeri ilmu tidak tercalar,” katanya kepada The Malaysia Press.

Tambah beliau, walaupun punca gangguan air dikenal pasti akibat kebocoran paip di kawasan kampus, Kerajaan Negeri sewajarnya tampil memberikan bantuan sewajarnya bagi mempercepatkan penyelesaian.

Beliau berkata demikian susulan krisis air yang melanda kampus UniMAP di Sungai Chuchuh, yang turut mencetuskan dakwaan terdapat pelajar pengsan hingga memerlukan kehadiran ambulans.

UniMAP dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa punca masalah ialah kebocoran pada paip utama dan beberapa langkah segera telah diambil bagi mengurangkan kesan terhadap warga kampus.

Antara langkah tersebut termasuk menjalankan kelas secara dalam talian, penyediaan tangki air statik, melanjutkan waktu operasi Pusat Perubatan universiti serta beberapa tindakan lain.

Terdahulu, isu tersebut tular di media sosial apabila ratusan pelajar terjejas dan ada yang mengambil keputusan pulang ke rumah berikutan kesulitan yang dihadapi.

Krisis bekalan air itu dilaporkan telah berlarutan lebih seminggu dan terus menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di universiti berkenaan.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi