Amanah sambut baik belanjawan, Kerajaan Madani berjaya kawal beban hutang negara

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik pembentangan Belanjawan Madani 2025 yang dibentangkan Jumaat lalu.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, usaha kerajaan untuk mengurangan defisit daripada 5.5 peratus kepada 3.8 peratus secara berperingkat dilihat realistik sekali gus membuktikan komitmen Kerajaan Madani untuk mengurangkan beban hutang negara.

“Belanjawan 2025 ini bukan sahaja realistik tetapi juga komprehensif dan inklusif dengan fokus pembelaan terhadap rakyat sama ada golongan kaya, menengah dan profesional serta rakyat umum termasuk golongan miskin tegar, pelajar, belia, wanita dan orang kurang upaya (OKU).

“Rakyat berasa lega dengan pengumuman untuk menerusdan memperkasakan Program Payung Rahmah. Jumlah RM700 juta untuk saluran Program Rahmah jelas satu keutamaan Kerajaan Madani bagi menangani kos sara hidup bagi golongan terkesan.

“Ini ditambah lagi dengan bantuan SARA dan STR bernilai RM13 billion untuk memberi manfaat kepada sembilan juta penerima dan merupakan terbesar sejak diperkenalkan,” katanya.

Mujahid menambah, isu keterjaminan makanan terus diberi fokus dengan tambahan RM300 juta serta fokus penanaman bawang di Perak, ternakan talapia merah di Pahang dan tanaman padi di Negeri Sembilan termasuk inisiatif penanaman padi lima musim.

“Ini sudah tentu memberi impak positif bagi menjana sektor pertanian domestik dan mengurangkan import bahan makanan asasi dari luar negara.

“Kejayaan ini juga adalah dari usaha Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan atas usahanya yang tidak mahu negara bergantung sepenuhnya bahan makanan dari negara luar,” katanya.

Menyentuh kewangan Islam, Mujahid berkata, Malaysia kini menjadi tumpuan dengan kedudukannya ke-10 terbaik sebagai destinasi kewangan Islam terbaik di dunia.

“Oleh itu RM100 juta diperuntukkan bagi penerokaan modal Islam (IVC) melalui kaedah Musyarakah dan Mudharabah.

“Tahniah juga kepada Halal Jakim yang diberi peruntukan tambahan pegawai audit Halal untuk melicinkan proses pensijilan Halal yang semakin meningkat.

“Justeru, Amanah optimis melalui pengembelengan seluruh agensi pelaksana, sektor awam, swasta, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau optimis Belanjawan Madani 2025 ini akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dunia dan geopolitik global yang terus bergolak.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM