Allahyarham Azraai Khor terima Anugerah Khas Maulidur Rasul

ALOR SETAR – Bekas jurulatih ‘double treble’ legenda Kedah, Allahyarham Azraai Khor Abdullah menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul pada Isnin.

Anugerah tersebut bagi menghargai jasa beliau dalam arena bola sepak negara khususnya Kedah.

Antara sumbangan terbesar Allahyarham termasuklah membantu Negeri Kedah menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2004, Naib Juara Kumpulan A Liga Premier 2005, Juara Liga Premier 2006,
Kedah Juara Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia (juara treble 2007 dan 2008) bagi pasukan Negeri Kedah Darul Aman.

Pada 2007, Azrai pernah dinobatkan sebagai Malaysian Favourite coach (100-plus FAM National Football Awards ) dan Malaysian Best Coach pada 2008.

Anugerah Khas itu disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin mewakili Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kepada isteri Allahyarham, Rohani Ibrahim, 64, sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.

Rohani berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka Allahyarham suaminya akan menerima penghargaan terbabit.

Menurutnya, mereka agak sedih memandangkan Allahyarham tidak sempat melihat anugerah diterima sebagai tanda mengenang jasa beliau dalam bola sepak terutamanya kepada negeri Kedah.

“Allahyarham seorang yang baik, pergi pada hari baik dan semua orang menghormati arwah.

“Mereka merasakan pemergian arwah satu kehilangan besar dalam bidang bola sepak terutamanya Kedah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis.

Menurut Rohani lagi, Allahyarham semasa hayatnya baik dengan semua orang, malah masih setia melayan wartawan walaupun penat.

“Arwah kata bola sepak adalah jiwa raganya. Jadi, dia tidak kisah dan melayan sesiapa sahaja yang datang,” katanya.

Menurutnya, kediaman dan kubur arwah masih terus dikunjungi kenalan arwah, pemain, penyokong dan peminat Allahyarham sehingga kini.

“Ada penyokong arwah dari Terengganu, setiap kali turun ke Perlis pasti akan ziarah kubur arwah kemudian ke rumah.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terus menyokong arwah dan berterima kasih banyak-banyak kerana tetap ingatkan Allahyarham yang telah mengadap Illahi selama tujuh bulan,” katanya.

Sebelum itu, Alahyarham telah dianugerahkan dengan sijil penghargaan, hadiah iringan dan replika cek berjumlah RM7,000.

Pada Februari lepas, arena bola sepak tanah air khususnya penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan berita pemergian jurulatih legenda Hijau Kuning itu.

End.

Related Posts

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

BETONG – Semangat perpaduan serta sikap saling menghormati antara kaum dan agama terus menjadi kekuatan utama masyarakat di Betong dalam memastikan pembangunan sosioekonomi di kawasan itu dapat dilaksanakan secara berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memperincikan cadangan berhubung penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang telah diluluskan di peringkat negeri sebelum ini. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis