Alkisah Si Luncai mabuk

SETELAH terjun dengan labu-labunya dari sebuah rakit, Si Luncai yang disangka mati lemas itu masih panjang umur.

Dia ditelan Ikan Nun kemudian dimuntahkan di pantai sebuah pulau.

Akibat kepeningan bergelumang dengan air liur Ikan Nun yang masam dan meloyakan, Si Luncai hilang ingatan dan hanya mampu menyebut dua patah perkataan, pertama “eee”; kedua, “sham”.

“Eee” itu bermaksud dia geli-geleman; separuh pening. “Sham” itu pula kependekan “masam” yang bermaksud muntah ikan itu masam dan meloyakannya.

Apabila ditanya namanya oleh sekumpulan orang yang menemukannya, dia hanya tahu mengulang dua patah perkataan tersebut.

Kerana bosan menerima jawapan yang sama iaitu “eee” dan sham”, maka pada anggapan kumpulan orang itu, Si Luncai itu bernama “Isham”.

Lalu dibawalah Si Luncai oleh kumpulan orang berambut keriting itu ke sebuah balai polis dengan sebuah kenderaan yang tidak pernah dilihatnya.

Di balai polis, penat bagai nak gila anggotanya bertanya kepada Si Luncai termasuklah alamat dan nombor kad pengenalan, tetapi yang dijawabnya cuma dua perkataan itu saja.

Kerana disangka kurang siuman, Si Luncai dibiarkan beredar tetapi ketika berlari di tepi jalan di luar pagar balai polis, dia terpijak kulit pisang lalu terdorong ke dalam longkang.

Si Luncai kemabukan akibat tertelan air longkang. Dia dibantu keluar oleh beberapa anggota polis yang seorang daripadanya bernama “Fahmy”.

“Sakit tak, Isham?” tanya Fahmy sambil menekup hidung kerana mual nak muntah terhidu bau air longkang.

Entah apa ceritanya, Si Luncai tiba-tiba pandai bertanya. Dia berkata kepada Fahmy sambil menunjukkan seekor lembu; “Eh, yang itu adik kamu ke?”

“Apalah kau ni Isham. Itu haiwan, mana boleh dikatakan itu adik saya!” jawab Fahmy.

“Yang itu, abang kamu?” Si Luncai menuding jari ke arah sebuah tong sampah sambil memandang kawan Fahmy.

Belum sempat dijawab, Si Luncai yang kemabukan terus bertanya, kali ini bukan lagi kepada anggota polis tetapi kepada sesiapa saja dengan pertanyaan yang pelik-pelik.

Si Luncai terus berjalan di sekeliling pulau itu sambil bertanya itu dan ini, kadangkala kepada pokok, kambing, anjing kurap, dan tong taik.

Mengikut maklumat mutakhir, Si Luncai yang sesekali menyebut “eee” dan “sham” itu masih mabuk walaupun ada orang cuba mengubatinya.

Akhirnya keseluruhan orang di pulau itu yakin bahawa dia tak akan sembuh sebaliknya mabuk hingga akhir hayat.

Demikianlah kisahnya!

Related Posts

Jika bukan Anwar, maka siapa?

DALAM politik, mengkritik sentiasa mudah. Terlalu mudah. Setiap hari kita melihat suara-suara yang mempersoalkan kepimpinan, mengkritik dasar, dan mempertikaikan keputusan kerajaan. Namun di sebalik semua kritikan itu, satu soalan besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

PM ucap tahniah jemaah haji, doakan urusan dipermudah

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis