Alexander nafi terbabit dalam skandal rasuah Lebuhraya Pan Borneo

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan penularan mesej yang mendakwa pembabitan beliau dalam skandal rasuah melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35) dipercayai disebarkan menerusi satu saluran Telegram.

Nanta yang juga merupakan Ahli Parlimen Kapit berkata, mesej berkenaan mengandungi tuduhan secara langsung terhadap beliau yang bersifat fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan tersebut.

“Sebagai seorang ahli politik dan anggota pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjunjung amanah serta komited menjaga kepentingan rakyat dan negara, tuduhan ini bukan sahaja menjatuhkan imej dan integriti saya, malah turut mencemar reputasi Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Malaysia secara keseluruhan.

“Lebih membimbangkan, mesej tersebut bukan sahaja tersebar di Telegram, tetapi turut dikongsikan di pelbagai platform media sosial, sekali gus menimbulkan persepsi negatif dan prasangka dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini dalam kenyataan media menerusi hantaran Facebook beliau pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau melalui Setiausaha Sulit Kanan, telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Tun H.S. Lee pada Rabu bagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini serta meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan segera.

“Saya akan memberikan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk bagi membantu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini,” tambah beliau.

Tegasnya, fitnah tidak boleh menjadi alat untuk menjatuhkan reputasi mana-mana individu, lebih-lebih lagi demi kepentingan politik atau agenda peribadi.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri