AKPS rampas 13 tan keratan ayam sejuk beku diragui status halal, label tarikh luput

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menggagalkan cubaan membawa masuk 13,308 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku yang diragui status halal menerusi pintu sempadan Malaysia-Thailand di sini sejak April lalu.

Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata, rampasan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas kontena di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada 11 April, 9 Mei dan semalam.

Katanya, rampasan pertama melibatkan 4,104kg keratan ayam sejuk beku bernilai RM62,052 diikuti 4,128kg keratan ayam sejuk beku bernilai RM78,143 dan terbaharu pada semalam sebanyak 5,076kg keratan ayam sejuk beku bernilai RM62,130.

“Ketiga-tiga kes ini melibatkan kesalahan sama iaitu label tarikh luput, tarikh pengeluaran dan kod pengeluaran pada pembungkusan tidak sepadan dengan maklumat dalam sijil halal yang diisytihar.

“Kotak barangan tersebut dicampurkan dengan kotak-kotak lain yang diisytihar secara betul yang mana ia memerlukan pemeriksaan secara teliti dan satu persatu oleh pasukan,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya sentiasa meningkatkan kawalan di pintu masuk sempadan termasuk pemeriksaan ke atas kenderaan barangan.

“Cubaan membawa masuk barang kawalan yang mempunyai status halal meragukan akan memberi kesan kepada keselamatan makanan dan ekonomi negara. Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang,” tegasnya.

Katanya, pihaknya sangat menekankan isu halal pada barangan import kerana ia akan dipasarkan di premis perniagaan termasuk pasar raya seterusnya ke kedai-kedai makan.

“Jadi, antara keutamaan AKPS adalah untuk memastikan bahawa semua barangan diimport betul-betul memenuhi kriteria dan spesifikasi label yang telah ditetapkan terutama membabitkan siji halal,” katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 (Akta 728).

Related Posts

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

BETONG – Semangat perpaduan serta sikap saling menghormati antara kaum dan agama terus menjadi kekuatan utama masyarakat di Betong dalam memastikan pembangunan sosioekonomi di kawasan itu dapat dilaksanakan secara berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang memperincikan cadangan berhubung penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang telah diluluskan di peringkat negeri sebelum ini. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis