Akhirnya Chegubard mengaku fitnah, mohon maaf kepada LLSB

CHEGUBARD mengakui tuduhan terhadap Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) berkait projek Selangor Maritime Gateway sebagai fitnah dan tidak berasas.

LLSB yang merupakan anak syarikat Menteri Besar (MBI) berkata, pemimpin Bersatu itu telah memohon maaf secara terbuka di hadapan hakim dalam kes saman fitnah dikemukakan syarikat itu.

Menurut LLSB, sama difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap Chegubard atau nama sebenar Badrul Hisham Shaharin berikutan kenyataan fitnah terhadap anak syarikat itu yang melibatkan projek Selangor Maritime Gateway.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa berdasarkan cadangan penyelesaian luar mahkamah oleh Chegubard, pihak-pihak dalam saman tersebut telah mencapai penyelesaian secara baik.

“Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Chegubard mengakui tuduhan tersebut tidak berasas dan menyatakan kekesalan terhadap kesan kenyataan serta tuduhan fitnah beliau yang telah menjejaskan reputasi serta menyebabkan tekanan dan kerugian kepada LLSB,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Saman fitnah difailkan pada 8 Ogos 2023 susulan kenyataan dibuat Chegubard dalam beberapa penerbitan dan hantaran di platform media sosial dan dalam talian lain.

Sementara itu LLSB berkata, Chegubard mengambil tanggungjawab penuh atas perkara itu dan juga telah menarik balik semua kenyataan dibuat dan diterbitkan di platform media sosial.

Chegubard juga mengesahkan kenyataan dibuat itu tanpa niat jahat dan berdasarkan maklumat salah serta tidak lengkap.

“Chegubard turut memberi jaminan bahawa beliau akan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan dan penerbitan palsu atau berunsur fitnah pada masa akan datang berkaitan perkara ini terhadap LLSB dan Projek Selangor Maritime Gateway.

“Permohonan maaf ini dibuat tanpa sebarang syarat sebagai pengakuan tanggungjawab beliau serta komitmen untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan,” katanya.

Related Posts

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kementerian Pendidikan (KPM) segera melaksanakan inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelewatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta 588 (Pindaan) kuat kuasa hari ini

PINDAAN terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berkuat kuasa hari ini, selepas diwartakan pada 7 Februari lalu. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, pindaan terhadap akta itu diluluskan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji