Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu bukan atas kapasiti peribadinya, namun adalah pendirian parti yang dibawa melalui platform Mesyuarat Biro Politik, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU), tiga tahun lalu.

Atas dasar itu katanya, beliau turut mengingatkan Kerajaan Perpaduan perlu juga diperkukuh dengan sokongan bukan saja ahli parti, malah oleh Ahli Parlimen UMNO sendiri.

“Saya tidak meragukannya (sokongan akar umbi). Ini bukan soal pendirian saya, ini pendirian parti yang saya bawa bukan saja ke Mesyuarat Biro Politik, malah Mesyuarat MKT dan PAU.

“Saya berpegang teguh kepada pendirian itu. Kerajaan Perpaduan harus diperkukuh dengan sokongan ahli parti dan Ahli Parlimen sendiri,” katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Selasa.

Sementara itu, ditanya kemungkinan bertanding solo pada PRU16, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan, UMNO akan membuat ketetapan menjelang pilihan raya nanti.

“Apabila kita berdepan pilihan raya umum walaupun UMNO bertanding solo, namun ia tidak bermaksud kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti berdasarkan dotted line (garis panduan).

“Pada masa sama, penubuhan kerajaan seterusnya (selepas PRU16) adalah berdasarkan berapa jumlah kerusi diperoleh, berapa kuat atau lemah sokongan diberikan kepada calon UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, UMNO menyasarkan bertanding di lebih 30 kerusi pada PRU16 akan datang, termasuk meletakkan calon di kerusi ‘tier dua’ yang menyaksikan parti itu mendapat undian kedua tertinggi dalam kalangan parti bertanding.

“Saya ingin katakan, bukan saja 30 kerusi kami menangi, tetapi juga kerusi lain yang kami anggap sebagai kerusi ‘tier dua’, iaitu kerusi yang kami kalah tetapi berjaya memperoleh undi kedua tertinggi,” katanya.

Ditanya sama ada ia termasuk kerusi dimenangi Bersatu, Ahmad Zahid berkata, perkara itu bergantung kepada analisis data semua kerusi.

“Kita perlu benar-benar menganalisisnya terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor akan datang, Ahmad Zahid berkata, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bergantung kepada Ketua Menteri dan Menteri Besar masing-masing.

Related Posts

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

KUALA LUMPUR – UMNO akan menggunakan pendekatan ‘di luar kotak’ termasuk kaedah komunikasi bukan lisan, bagi menarik sokongan pengundi muda yang kini menjadi kumpulan majoriti dalam landskap politik negara. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Empat projek infrastruktur utama dipantau, naik taraf Jalan Lok Kawi bermula segera