Akademi Gemala Tari anjur Kelas Asas Ajat Indu Iban

LUBOK ANTU – Akademi Gemala Tari meraikan 25 peserta yang menamatkan kelas Asas Ajat Indu Iban di Majlis penutupan yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu.

Kelas ini telah diadakan selama dua bulan bermula dari Mei yang dibimbing oleh Ketua Akademic Gemala Tari sendiri Allysa Sylla Sidin dan turut dibantu oleh penari profesional Christie Joenna dan Galliscia Saylentia.

Beliau sangat berbangga dengan sokongan yang diberikan kepada akademi ini termasuk golongan anak-anak muda.

“Harapan saya ialah mereka yang mahir dan cekap menari dengan tarian ini menggunakan sebaiknya kemahiran yang dipelajari dalam mengembangkan lagi seni tarian ini” kata beliau.

Menurut beliau, akademi ini bukan sahaja fokus kepada Ajat Indu Iban malah turut membuka kelas untuk tarian Orang Ulu, Ajat Pua Kumbu, dan Ajat Niti Pinggai.

Akademi Gemala Tari ini ditubuhkan pada 2022 dan memfokuskan penyertaan dari kawasan Engkilili dan Lubok Antu sahaja.

Untuk makluman, lebih 100 peserta yang telah menyertai kelas ini sejak 2022.

Beliau turut memohon kepada penduduk di sekitar Lubok Antu dan Engkilili yang berminat untuk menyertai kelas ini boleh menghubungi mereka di talian 013-8258221 (Allysa), 019-9475561(Christie), dan 012-9316527 (Galliscia).

Turut hadir Majlis Penutupan Kelas Asas Ajat Indu Iban sebagai juri jemputan dari Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Lubok Antu ialah Magdeline Anan dan Lanyie.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

KENINGAU – Seramai 24 individu dilantik sebagai ahli Majlis Daerah Keningau (MDK) bagi tempoh dua tahun, diseru agar menunaikan tanggungjawab mereka dengan tadbir urus yang lebih berkesan dan inklusif khususnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Fuad Stephen

Mayat lelaki ditemukan dalam parit

  • By Fatin
  • April 29, 2025
Mayat lelaki ditemukan dalam parit

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026

Sabah harap peruntukan pelancongan lebih setimpal sempena Tahun  Melawat Malaysia 2026