BN Sabah sambut baik penolakan Masiung terhadap gabungan GRS-PH-BN

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah yang menolak cadangan kerjasama tiga penjuru antara BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengarah Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman berkata, BN Sabah kekal dengan pendirian dan tidak akan menyertai pakatan yang tidak berteraskan prinsip bersama.

“Politik bukan sekadar pertimbangan calon dan kerusi, tetapi persoalan nilai, keikhlasan dan integriti. 

“Jika pakatan itu hanya mahu mengelak pertembungan calon, ia bukan lagi politik kerjasama tetapi pakatan panik yang dibungkus cantik demi mengaburi kelemahan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, BN Sabah bertanding dengan maruah, prinsip dan rekod yang membuktikan bahawa mereka boleh kembali untuk memimpin.

Tambahnya, BN Sabah bertanding sebagai parti yang ada akar, bukan dahan yang rapuh.

“Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan jelas dan tegas sejak awal menyatakan pendirian bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang tidak jujur, tidak ikhlas, serta cenderung menikam rakan sendiri dari belakang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata walaupun kenyataan itu datang daripada ‘Katak Oportunis’ yang pernah melompat parti namun kali ini beliau menyentuh satu noktah yang benar gabungan ini bukan berasaskan perjuangan, tapi ketakutan.

Jelasnya, yang disebut sebagai ‘Langkah Kinabalu’ bukan pengkhianatan, tapi satu reaksi terhadap ketidaktelusan dan kerakusan kuasa yang berlaku dalam senyap. 

“Jika ada mana-mana pemimpin dalam GRS yang menuduh BN sebagai pihak yang menikam dari belakang, mereka patut cermin sejarah mereka sendiri bagaimana mereka membentuk kerajaan dengan menolak mandat rakyat dan bagaimana mereka terus mempertahankan kuasa tanpa asas prinsip yang kukuh.

“Masiung menyatakan bahawa GRS telah hilang kepercayaan terhadap BN. Hairannya, kenyataan ini keluar daripada mulut seorang ahli politik yang rekodnya memperlihatkan lompatan politik demi kepentingan peribadi,” katanya.

Katanya lagi, beliau menegaskan bahawa BN tidak akan memberi peluang kepada individu atau parti yang pernah mengkhianati kepercayaan.

“Dalam politik, sekali dikhianat itu pengalaman. Jika kita terpedaya lagi, itu kebodohan kita sendiri. Sudah tahu dia ular, takkan kita biar diri dipatuk dua kali?,” soalnya.

Walau bagaimanapun, beliau terbuka menerima kenyataan Masiung jika benar datang dari kesedaran ikhlas, namun mengingatkan agar berlaku lompatan politik selepas ini.

“Jika benar Masiung sudah insaf dan memahami pentingnya kejelasan prinsip, maka kita alu-alukan kenyataan beliau. Tapi jangan sampai hari ini bersetuju, esok melompat lagi itu sudah jadi penyakit politik, bukan strategi,” ujarnya.

Tegasnya, UMNO Sabah tidak akan menjadi alat kepada mana-mana percaturan panik.

Related Posts

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang