Ahli Parlimen Kluang seru pengundi luar balik tunai tanggungjawab Sabtu ini

KLUANG – Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, menyeru pengundi berdaftar yang menetap di luar Kluang, untuk balik menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.

Menurut beliau, ia peluang berharga buat mereka bagi memastikan pembangunan Mahkota terus terbela di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Untuk kali ini, semua pengundi DUN Mahkota yang ada hak untuk mengundi, minta tolong undi… kerana setiap undi adalah penting dan sangat bermakna.

“Undi anda juga akan memberi keyakinan dan sokongan penuh kepada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi untuk terus usaha yang baik membangunkan negeri Johor.

“Selain itu, undi ini penting dalam memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri untuk terus menarik pelaburan asing masuk ke Malaysia terutama Johor,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di kilang Kluang Coffee, di sini, hari ini .

Justeru, beliau amat berharap agar semua pengundi tidak melepaskan peluang untuk keluar mengundi bagi menentukan masa depan Mahkota yang lebih cerah dan mampan.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang mempunyai keseluruhan 66,318 pengundi dengan 20 pusat mengundi akan dibuka pada Sabtu ini.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat