
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan kesihatan.
Turut mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Istana Negara menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat memaklumkan perkara ini juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” tulis kenyataan tersebut.